MASJID DI AMERIKA UTARA
Islam telah pun berkembang dengan pesatnya di Amerika Utara.
Boleh dikatakan di semua bandar-bandar besar di Amerika Syarikat dan Kanada kita
boleh mencari masjid dengan mudah. Selalunya bukan satu malah berpuluh bagi
bandar-bandar metropolitan seperti Chicago, New York dan seumpamanya.
Bagi yang ingin ke Amerika, mereka boleh bersedia dengan
mencari alamat masjid di tempat yang hendak dilawati serta mendapat jadual
waktu solat.
Tidak semua masjid berbentuk dengan yang biasa kita lihat
terutama di tempat kita. Sesetengah bangunan masjid itu ubahsuai dari rumah dan
ada juga dari bangunan pejabat. Terdapat juga sebilangan kecil yang dibeli dari
gereja.
Namun, dalam pada itu, perlu diingatkan juga terdapat juga
pelbagai masjid yang dibina oleh mereka yang bukan dari aliran perdana ahli
sunnah wal jamaah. Dikebanyakan bandar besar terdapat beberapa tempat yang
dinamakan masjid tetapi yang diasaskan oleh kumpulan Ahmadiyah pengikut Mirza
Ghulam Ahmad. Gambar dibawah adalah satu contoh pusat mereka yang besar di
Kanada.
Ahmadiyyah di Kanada
Satu lagi kategori masjid yang perlu kita awasi ialah masjid
yang dibina oleh kumpulan “Black Muslim” di bawah pertubuhan Nation of Islam
pimpinan Loius Farrakhan. Kumpulan ini kini semakin mengecil dan ada beberapa
pusat komuniti mereka/masjid yang telah bertukar mengikuti Imam Warithudeen
Muhammad yang sudah berpisah dengan kumpulan Farrakhan/NOI.
Juga terdapat masjid yang diasaskan oleh mereka dari
golongan Syiah – di tempat-tempat yang mempunyai ramai pengikut mereka.
Walaubagaiamanapun, kebanyakan puak Syiah akan bersama berjemaah dengan
komuniti Muslim sesuatu tempat itu.
Di samping itu, bagi mereka yang tidak biasa dengan suasana
di Amerika, suatu lagi yang mungkin mengelirukan dan mungkin menjadi satu
kejutan kepada mereka ialah terdapat “temple” dan “shrine” yang mempunyai
nama-nama “keislaman” seperti Medina Temple, Mecca Shrine dan sebagainya. Tempat-tempat
seperti ini ialah tempat berkumpul mereka dari kumpulan “masonic”, “shriners”
dan seumpamanya. Sesetengah tempat/bangunan ini telahpun ditukar fungsinya
sekarang. Bolehlah kita kategorikan mereka ini sekumpulan dengan golongan
freemason atau persatuan rotary kalau di tempat kita.
Nama-nama tempat atau pejabat mereka amat mengelirukan kita.
Dua gambar di bawah adalah contoh yang boleh mengelirukan.
[Medina Temple Chicago - kini menjadi gundang beli-belah
Bloomingdale - The Moorish-style temple was built in 1912 by the Ancient Arabic
Order of Nobles of the Mystic Shrine]
Gambar ahli “shriners” – dengan tulisan “Mecca” pada
topi/songkok merah mereka. Gambar beramai mereka diambil untuk satu majlis
perhimpunan mereka yang diberi nama “Inshalla 2008″ – baru-baru ini.
Dengan itu, kita wajar berwaspada dengan kemungkinan
kekeliruan yang bakal ditempuhi di Amerika Utara jika “pemandu pelancong” kita
di sana kurang arif dengan perbezaan dengan kumpulan-kumpulan lain.
Kembali kepada masjid untuk panduan orang-orang Islam, di
bawah ini saya senaraikan beberapa sumber untuk mencari lokasi masjid dan/atau
pusat komuniti masyarakat Islam di Amerika Utara:
Masjid Addresses
in USA [directory contains Masjids and Islamic Centers in the United States,
believed to be orginally compiled by ISNA, and since has been extensively
updated by MSA of the USA and Canada] Namun mungkin sesetengah alamat dan no.
telefon tidak dikemaskini.
Welcome to
Mosques/Organizations/Schools/MSA Search
IslamCan’s Masjid
Directory for North America
[Salah satu masjid yang baru siap dibina di kawasan
perumahan mewah pinggir bandaraya Columbus, Ohio - terdapat hampir 10 buah
masjid di sekitar bandaraya ini]
Category: Masjid, SERBA-SERBI
0 komentar