RATIBUL HADDAD + DOWNLOAD
Ratib Al-Haddad ini
mengambil nama sempena nama penyusunnya, iaitu Imam Abdullah bin Alawi
Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal. Daripada doa-doa
dan zikir-zikir karangan beliau, Ratib Al-Haddad lah yang paling terkenal dan
masyhur. Ratib yang bergelar Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun
berdasarkan inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah
(bersamaan 26 Mei 1661).
Ratib ini disusun bagi
menunaikan permintaan salah seorang murid beliau, ‘Amir dari keluarga Bani Sa’d
yang tinggal di sebuah kampung di Shibam, Hadhramaut. Tujuan ‘Amir membuat
permintaan tersebut ialah bagi mengadakan suatu wirid dan zikir untuk amalan
penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri
daripada ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut ketika itu.
Pertama kalinya Ratib ini
dibaca ialah di kampung ‘Amir sendiri, iaitu di kota Shibam setelah mendapat
izin dan ijazah daripada Al-Imam Abdullah Al-Haddad sendiri. Selepas itu Ratib
ini dibaca di Masjid Al-Imam Al-Haddad di Al-Hawi, Tarim dalam tahun 1072
Hijriah bersamaan tahun 1661 Masehi. Pada kebiasaannya ratib ini dibaca
berjamaah bersama doa dan nafalnya, setelah solat Isya’. Pada bulan Ramadhan ia
dibaca sebelum solat Isya’ bagi mengelakkan kesempitan waktu untuk menunaikan
solat Tarawih. Mengikut Imam Al-Haddad di kawasan-kawasan di mana Ratib
al-Haddad ini diamalkan, dengan izin Allah kawasan-kawasan tersebut selamat
dipertahankan daripada pengaruh sesat tersebut.
Apabila Imam Al-Haddad
berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad pun mula dibaca di Makkah dan
Madinah. Sehingga hari ini Ratib berkenaan dibaca setiap malam di Bab al-Safa
di Makkah dan Bab al-Rahmah di Madinah. Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi pernah
menyatakan bahawa sesiapa yang membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan
dan iman dengan terus membaca “ La ilaha illallah” hingga seratus kali
(walaupun pada kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia mungkin dikurniakan
dengan pengalaman yang di luar dugaannya.
Beberapa kebezaan boleh
didapati di dalam beberapa cetakan ratib Haddad ini terutama selepas Fatihah
yang terakhir. Beberapa doa ditambah oleh pembacanya. Al Marhum Al-Habib Ahmad
Masyhur bin Taha Al-Haddad memberi ijazah untuk membaca Ratib ini dan
menyarankannya dibaca pada masa–masa yang lain daripada yang tersebut di atas
juga di masa keperluan dan kesulitan. Mudah-mudahan sesiapa yang membaca ratib
ini diselamatkan Allah daripada bahaya dan kesusahan. Ameen.
Ketahuilah bahawa setiap
ayat, doa, dan nama Allah yang disebutkan di dalam ratib ini telah dipetik
daripada Al-Quran dan hadith Rasulullah S.A.W.
Terjemahan yang dibuat di dalam ratib ini, adalah secara ringkas.
Bilangan bacaan setiap doa dibuat sebanyak tiga kali, kerana ia adalah bilangan
ganjil (witir). Ini ialah berdasarkan saranan Imam Al-Haddad sendiri. Beliau
menyusun zikir-zikir yang pendek yang dibaca berulang kali, dan dengan itu
memudahkan pembacanya. Zikir yang pendek ini, jika dibuat selalu secara
istiqamah, adalah lebih baik daripada zikir panjang yang dibuat secara berkala
atau cuai[1]. Ratib ini berbeza daripada ratib-ratib yang lain susunan Imam
Al-Haddad kerana ratib Al-Haddad ini disusun untuk dibaca lazimnya oleh
kumpulan atau jamaah. Semoga usaha kami ini diberkahi Allah.
1. Download File Ratib
al-Haddad Disini
2. Download File yang ada
Terjemahannya Disini
Category: Artikel Islam, DOWNLOAD, E-BOOK, Sya'ir, Tarikh Islam
0 komentar