Empat Karakter Istri di Dalam Al-Qur'an
Beberapa karakter seorang Istri yang dikisahkan dalam al-Qur'an |
Salah
seorang dari kedua wanita itu berkata “Ya bapaku ambillah ia sebagai orang yang
bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil
untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai”
Dan
sesungguhnya perkahwinan yang ideal ialah perempuan yang mulia serta setia
berpasangan dengan suami yang kuat lagi amanah. Inilah pasangan romantis
sebenar.
Kedua, jenis
isteri Abu Lahab iaitu perempuan jahat berganding dengan suami terkutuk. Dalam
surah al-Lahab ayat 3 dan 4 yang bermaksud:
“Kelak
dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya,
pembawa kayu bakar”
Isteri
Abu Lahab bernama Ummu Jamil tidak disebut dalam al-Quran. Abu Lahab memiliki
akhlak buruk dan dikatakan pernah mencuri emas yang terdapat di Kaabah kerana
tamak dan rakusnya. Isterinya pula seorang penyombong dan memiliki perasaan
hasad dengki yang kuat. Jadi, tugasnya ialah pembantu setia kejahatan suaminya.
Kalau
Abu Lahab merupakan penentang utama terhadap nabi s.a.w, maka isterinya adalah
pendorong utama yang turut aktif di dalam kegiatan jenayah suaminya.
Jadi
jika suami diumpamakan terbakar dalam kejahatan nafsu, isteri pula pembawa kayu
api – iaitu pengobar kejahatan suami. Maknanya isteri aktif dalam kegiatan
jahat suami.
Ketiga, isteri
baik dalam genggaman suami yang jahat. Watak ini menyebut isteri Firaun sebagai
contohnya. Walaupun Firaun melalui al-Quran merupakan seorang Raja Besar yang
dikutuk Allah, namun isterinya disanjung tinggi dalam al-Quran.
Isteri
Firaun yang kononnya bernama Asiah ini juga tidak diberikan nama oleh al-Quran.
Ia disebut sebagai “imraatu Firaun” atau perempuan Firaun sahaja. Walaupun
Asiah ditakdirkan berpasangan sebagai suami isteri dengan Firaun, namun
tindakan akhlaknya sangat bertentangan dengan suaminya yang zalim itu.
Asiah
menyelamatkan Musa, sebaliknya Firaun ingin menghapuskan Musa. Dia berkenan dan
beriman dengan ajaran Islam yang dibawa Musa. Semua manusia dilingkungannya
menyembah Firaun sebagai Tuhan, tetapi dia diam-diam menyembah Allah.
Keempat ialah perempuan
Nuh dan Lut. Isteri dua orang nabi a.s ini dinyatakan Allah melalui al_Quran
surah at-Tahriim ayat 10 yang bermaksud:
“Allah
membuat isteri Nuh dan isteri Lut perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya
berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang salih di antara hamba-hamba
Kami;lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua
suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun, dari (seksa) Allah; dan
dikatakan (kepada keduanya);”masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk
(neraka)”
Isteri
Lut kononnya bernama Wa’ilah, tetapi isteri Nuh tidak diketahui namanya. Namun
kedua perempuan ini juga tidak disebut dalam al-Quran siapakah nama mereka.
Keduanya
adalah isteri kepada dua lelaki pilihan Allah, namun mereka disifatkan oleh
Allah sebagai pengkhianat dan menjadi ahli neraka.
Category: Artikel Islam, Kultum